Anirwan menunjukkan antara barang kes yang dirampas dalam Ops Serkap dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM Melaka, kira-kira jam 6 petang semalam.

MELAKA – Hanya bermodalkan uniform dan pengenalan imigresen palsu, seorang suri rumah dipercayai mampu meraih bayaran sehingga RM6,000 bagi menguruskan permit kerja warga asing dengan menyamar sebagai pengarah kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Helah surirumah berusia 50 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas dia ditahan dalam Ops Serkap dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM Melaka, kira-kira jam 6 petang semalam.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, lebih berani suspek dipercayai aktif sejak lebih setahun lalu turut menggunakan seragam lengkap, pangkat, lencana dan kad pengenalan Imigresen palsu bagi meyakinkan mangsa.

Anirwan menunjukkan antara barang kes yang dirampas dalam Ops Serkap dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM Melaka, kira-kira jam 6 petang semalam.

“Ketika serbuan dilakukan di sebuah kafe di Taman Malim Jaya, suspek yang juga ibu kepada lima anak sedang berjumpa ‘pelanggannya’ seorang warga China bagi permohonan pas kerja warga asing.

“Semasa ditahan pun suspek berkali-kali meyakinkan anggota penguat kuasa bahawa dia adalah pegawai kanan imigresen sedangkan suspek hanya merupakan surirumah dan ibu kepada lima anak,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, di sini petang ini.

Turut sama Timbalan Pengarah JIM Melaka (Kawalan), Suzila Suhya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, suspek dipercayai sudah menjalankan aktiviti itu sejak lebih setahun lalu dan bergerak di sekitar Melaka tanpa lokasi tetap bagi mengelak kegiatannya dihidu pihak berkuasa.

Suspek direman empat hari di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(k) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil serbuan, JIM merampas sebuah Honda Civic, tiga telefon bimbit, sepasang pakaian seragam hitam lengkap aksesori, tanda pangkat pegawai kanan, collar badge, lencana Integriti tanda nama, ribbon perkhidmatan, lencana dan kasut kerja.

“Turut dirampas dua tudung kelabu, dua helai baju-T hitam berlogo JIM, sekeping kad pengenalan JIM yang dipalsukan, cop nama, surat kelulusan menggunakan kepala surat JIM serta dua set surat keputusan makmal,” katanya.

Suspek direman empat hari di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(k) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, suspek dipercayai menyamar dua jawatan iaitu Ketua Pengarah Integriti dan Pengarah Kanan Imigresen di ibu pejabat.

“Suspek turut menggunakan media sosial dengan memuat naik gambar dirinya lengkap memakai pakaian seragam Imigresen bagi meyakinkan individu yang mendapatkan khidmatnya.

“Susulan itu, suspek direman empat hari mengikut di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(k) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here