Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar selepas sidang media selepas Mesyuarat Biro Jawatankuasa Politik PKR di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Merchant Square, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.

PETALING JAYA – Seks orentasi adalah hak masing-masing, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tidak wajar tindakan mempamerkan sokongan keterlaluan kepada Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai peringatannya kepada rakyat agar mempertahankan diri daripada golongan ‘super liberal’.

“Soal orentasi seks masing-masing, itu bukan urusan saya nak siasat dan selidik. Tapi untuk pamer dokong dan menjaja, ini tak boleh diterima. Semua itu pemimpin agama tolak dengan tegas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi

Mengulas lanjut, golongan ‘super liberal’ yang dimaksudkannya itu adalah yang mempertikaikan bahasa kebangsaan, pendidikan selain yang mempertahankan LGBT, tanpa menyebut secara jelas individu yang dirujuknya.

Terbaru aktivis, Siti Kasim menghentam Anwar ekoran kenyataannya itu.

Kata Siti, golongan ‘super liberal’ yang bertanggungjarab melindungi hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast