Azmi Rohani

JOHOR BAHRU – Seramai 16,511 penjawat awam negeri akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian bantuan khas kewangan itu adalah seperti diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

Azmi berkata, pengumuman berhubung pemberian bantuan khas itu dibuat pada pembentangan Belanjawan Johor 2019 di Persidangan Dewan Negeri baru-baru ini.

“Pemberian bantuan khas tersebut merupakan penghargaan di atas sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan oleh penjawat awam kerajaan negeri ini.

“Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penjawat awam yang terbabit boleh membuat semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast