MEKAH – Beribu-ribu cengkerik hitam ‘menyerang’ Masjidil Haram dan sebahagian besar bandar itu.
Fenomena luar biasa dan tidak pernah dilihat sebelum ini menyebabkan penduduk bingung.
Kejadian itu dilaporkan sejak malam Sabtu lalu.

Seorang petugas sedang menyembur asap di sekitar Masjidl Haram bagi mengatasi serangan cengkerik hitam. foto Agensi”Pada malam Sabtu ketika saya sedang berdoa di Masjidil Haram dan serangga itu berterbangan di mana-mana dalam masjid itu.
“Bukan hanya di halaman, malah di sekeliling Kaabah.
“Saya menetap di sini sepanjang hidup saya dan tidak pernah menyaksikan sesuatu seperti ini,” kata Abdulwhab Soror, 64.
Orang ramai telah berkongsi rakaman imej dan video serangan cengkerik hitam melalui media sosial sejak Isnin lalu.
Ia menyaksikan ribuan serangga berkenaan berterbangan dan hinggap pada pakaian jemaah, menghurungi lantai dan dinding masjid berkenaan. – MalaysiaGazette
















