JAKARTA – Gempa bumi dengan kekuatan 5.7 pada skala Richter menggegarkan barat laut Aceh, Sumatera Utara pagi tadi.

Gempa berpusat di 202km Barat Laut Kota Sabang-Aceh itu berlaku pada pukul 9. 53 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu turut dirasai di Banda Aceh dan Sabang.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan BMKG.

Belum terdapat laporan berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa setakat ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast