Kebakaran membabitkan dua kapal di Laut Merah yang mengorbankan 11 orang. foto Agensi

KERCH – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam kebakaran yang melibatkan dua kapal kargo di Laut Hitam dekat Selat Kerch, kata pihak berkuasa.

Para penyelamat Rusia cuba untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang melompat keluar daripada kapal-kapal berkenaan.

Setakat ini, 14 orang telah diselamatkan.

Salah satu kapal yang terbakar adalah kapal tangki gas.

Ia terbakar dan disusuli dengan letupan menyebabkan ia turut membakar kapal lagi satu.

Kapal yang terlibat ialah Kandy (Venice) dengan 17 anak kapal dari Turki dan India manakala sebuah lagi Maestro dengan 14 kru.

Kebakaran itu tercetus semasa sebuah kapal sedang memindahkan minyak kepada kapal yang lain.

Pasukan penyelamat melaporkan saksi melihat terdapat tiga orang yang bergelut di dalam air, kemungkinan telah lemas.

Pihak Crimea sudah bersedia untuk menerima mangsa-mangsa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast