Tentera Arab Saudi menembak jatuh dron milik Houthi. foto Agensi

MESIR – Arab Saudi memintas dua dron yang dilancarkan oleh pergerakan Houthi yang disokong oleh Iran ke arah bandar Khamis Mushait di Arab Saudi.

Lima orang cedera akibat terkena serpihan tersebut, kata agensi berita SPA.

Arab Saudi mengetuai gabungan sembilan negara Arab melancarkan serangan udara ke atas negara jiran Yaman sejak empat tahun lalu.

Bulan lepas, gabungan itu berkata, ia menyerang gua penyimpanan dron sebagai sebahagian daripada operasi yang dilancarkan pada Januari untuk memusnahkan keupayaan drone Houthi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast