SEREMBAN – Empat anggota polis dan dua banduan cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2 hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Ibrahim Mohd Abdul berkata kejadian berlaku pada 1.15 tengah hari ketika kereta peronda polis (MPV) mengiringi sebuah trak polis membawa 26 banduan dalam perjalanan dari arah Mahkamah Seremban ke Lokap Balai Polis Sikamat.
“Ketika tiba di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan bergerak terus sambil membunyikan siren dan lampu pandu arah, namun tiba-tiba sebuah kereta awam keluar dari simpang kiri menyebabkan MPV tersebut menekan brek secara mengejut.
“Akibat itu, lori polis yang berada di belakang turut menekan brek secara mengejut bagaimanapun telah melanggar bahagian belakang MPV pengiring menyebabkan MPV itu terbabas ke kanan bahu jalan manakala lori polis tadi terbabas ke kiri bahu jalan lalu terbalik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Katanya kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA

















Yang pelik bin Hairan, kenapa bawa kenderaan terlalu laju?. Banyak kejadian seumpma ini telah berlaku. Bukannya bawa pengganas ISIS utk dituduh di Mahkamah. Kadang2 sendiri dah terlambat untuk mengambil atau menghantar OKT ke Mahkamah. Hentikan lah sikap tidak jujur ini bagi membendung kejadian spt ini berulang.