KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) telah siap dilaksanakan pada pukul 11 malam tadi.

Loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam-kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan sebelum bekalan dapat disalurkan kepada pelanggan.

Proses ini dijangka mengambil masa dalam tempoh 24 jam, kata Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd.

Pemulihan adalah secara berperingkat dan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast