Fadhlina.

BUKIT MERTAJAM – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pengumuman pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam sebagai berita yang ditunggu-tunggu, selepas isu berkenaan diperjuangkan pelajar prauniversiti sejak sekian lama.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengemukakan perkara itu sejak awal dan pemberian elaun berkenaan akan dinyatakan dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

“Pertama, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman berkaitan dengan elaun Tingkatan Enam.

“Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu. Saya fikir perjuangan untuk mendapatkan elaun ini telah pun kami kemukakan sejak awal sekali di Kementerian Pendidikan dan Alhamdulillah untuk bajet kali ini, belanjawan kali ini, ia akan dinyatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada pelajar Tingkatan Enam prauniversiti KPM yang memperjuangkan isu pemberian elaun berkenaan saban tahun.

Katanya, isu itu turut dibangkitkan dalam resolusi Kongres Prauniversiti Madani yang berlangsung pada sebelah pagi, sebelum Perdana Menteri mengumumkan kelulusan pemberian elaun berkenaan pada sebelah petang.

“Pagi di kongres dan petang alhamdulillah Datuk Seri (Anwar) mengumumkan bahawa ia akan diluluskan.

“Ini adalah antara, saya fikir, reformasi penting dalam pendidikan, khususnya untuk menjaga kebajikan dan memartabatkan pelajar prauniversiti Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberikan elaun ini, dan juga memartabatkan pendidikan negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar umum elaun pelajar Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan  akan meluluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam menerusi Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi memberi perhatian kepada pelajar Tingkatan Enam yang berada dalam kategori pendidikan prauniversiti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here