Zahran Hashim. foto AGensi

COLOMBO – Seorang lelaki yang dipercayai dalang sebalik pengeboman semasa sambutan Easter Sunday di Sri Lanka terbunuh dalam serangan tersebut, kata Presiden Maithripala Sirisena.

Sirisena berkata, Zahran Hashim, seorang ulamak radikal, maut  di hotel Shangri-La di ibu kota, Colombo.

Beliau berkata, Hashim mengetuai serangan di hotel yang popular dalam kalangan pelancong, diiringi oleh pengebom kedua yang dikenal pasti sebagai “Ilham”.

Sekurang-kurangnya 250 orang mati dalam serangan yang mensasarkan gereja dan hotel di Colombo.

Sirisena berkata, perisik Sri Lanka percaya terdapat 130 suspek ada kaitan dengan IS masih dalam negara dan masih memburu 70 orang yang masih bebas.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan peranan Hashim dalam serangan bom di Shangri- La. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast