Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli parlimen Barisan Nasional (BN) pagi tadi.

Menurut sumber, anggota parlimen dari Sabah itu ditahan bersama isterinya, lapor portal Malaysiakini.

“Mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit,” kata sumber.

Penahanan itu dikatakan berkaitan peranan ahli parlimen itu sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.

Difahamkan pasangan itu dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.

Pasangan tersebut dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast