Keadaan kereta milik Jose Antonio Reyes yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu. foto Agensi

MADRID – Bekas pemain sayap Arsenal, Jose Antonio Reyes  didakwa memandu dengan kelajuan melebihi 220 kilometer sejam semasa kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu.

Dalam insiden itu Reyes meninggal dunia.

Siasatan untuk menentukan punca kemalangan masih dijalankan tetapi kereta yang dipandu Reyes dipercayai dipandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan di Spain iaitu 120 kilometer sejam.

Setakat ini belum dipastikan sama ada kelajuan kereta itu menjadi punca kemalangan tersebut.

“Siasatan masih dibuka, oleh sebab itu kita masih tidak boleh menyatakan kelajuan kereta menjadi punca nahas. Tetapi kami yakin kelajuan kereta melebihi 220 kilometer sejam,” kata Guardia Civil.

Acara pengebumian Reyes telah diadakan di kampung halamannya di Utrera pada Isnin lalu.

Sepupu Reyes juga terbunuh dalam nahas di jalan raya yang menghubungkan Utrera dengan Seville.

Semasa kejadian kereta itu dipandu oleh Reyes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast