Dua warga Filipina yang ditahan ketika cuba memasuki perairan Sabah, Jumaat lalu.

LABUAN – Pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina kini cuba memasuki negara ini dengan menggunakan bot laju penumpang untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Taktik berkenaan digunakan dua warga Filipina yang menggunakan pengangkutan laut itu untuk ke tanah besar Sabah melalui Menumbok pada Jumaat.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Pajeri Ali berkata, pasukan peronda marin Labuan yang menjalankan Op Gelora Khas bersempena Hari Raya Aidilfitri menahan kedua-dua pendatang itu setelah didapati tidak memiliki dokumen perjalanan.

“Bot dengan 14 penumpang itu dalam perjalanan ke Menumbok dan antara bot yang diperiksa,” katanya.

“Pemeriksaan lanjut terhadap penumpang mendapati dua daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata ia adalah taktik yang digunakan pendatang tanpa dokumen untuk mengelak daripada pihak berkuasa.

Operasi bagi menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui perairan Malaysia diteruskan terutama semasa musim perayaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast