KUALA LUMPUR – Penganjur Perak MUDA  (MUDA) Medalist Dancesport Competitions 2019 and 7th Perak Show Dance Champonships 2019 mengakui tidak memaklumkan mengenai etika berpakaian kepada semua peserta pertandingan itu.

Sedangkan kod etika berpakian telah dinyatakan oleh MUDA & Kementerian Pendidikan Malaysia dalam acara  yang dijalankan pada Sabtu lalu.

Lantaran itu, Alice Ho, jurucakap penganjur pertandingan tersebut meminta maaf.

“Kami memohon maaf kerana kesilapan kami telah megakibat dan memberi kesan kepada Badan Kebangsaan – MUDA dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kami sangat kesal atas kesilapan dan menyalahgunakan logo Pendidikan Malaysia pada latar belakang tanpa memaklumkan dengan pihak terbabit terlebih dahulu.

“Kami ingin memohon maaf kepada KPM dan MUDA yang mengakibatkan kesulitan, kekecewaan, rasa malu atau menjejaskan reputasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Alice berharap KPM dan MUDA akan menerima permintaan maaf penganjur pertandingan tersebut.

Permohonan maaf itu dibuat selepas gambar-gambar peserta pertandingan tarian itu tular di media sosial.

Pakaian rata-rata peserta pertandingan yang menjolok mata telah menyebabkan KPM dikecam teruk kerana terlibat dalam majlis yang tidak bermoral. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast