BELO HORIZONTE, Brazil – Brazil menewaskan Argentina 2-0 bagi menempah tiket ke perlawanan akhir Copa America yang akan berlangsing di Stadium Maracana, Rio de Janeeiro pada Ahad ini.

Pasukan tuan rumah yang memburu gelaran ke-10 itu terus mengecewakan Lionel Messi yang masih gagal menjulang sebarang piala ketika bersama pasukannya.

Gabriel Jesus membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi rembatan jarak dekat selepas menerima hantaran daripada Dani Alves pada perlawanan separuh akhir pagi ini, lapor AP.

Ia merupakan gol pertama pemain itu dalam kejohanan tersebut.

Roberto Firmino mudah menambah jaringan pada minit ke-71 hasil hantaran Jesus di hadapan 56,000 penonton.

Lawan Brazil pada perlawanan akhir akan ditentukan pada parlawanan antara juara bertahan, Chile dan Peru esok.

Walaupun Argentina kecundang, namun Messi masih mampu mempamerkan aksi yang baik pada kejohanan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast