Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Penjualan kepentingan UMNO dalam Media Prima Berhad adalah satu keperluan bagi parti itu.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO sudah tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat konglomerat media itu dan pelupusan saham harus dibuat.

“Satu keperluan untuk UMNO berbuat demikian. Media Prima dah tidak ada dalam kawalan UMNO lagi,” katanya di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Malah, kata Najib, saham minoriti dalam konglomerat itu tidak memberikan sebarang makna memandangkan Media Prima tidak lagi mesra UMNO.

“Jadi kalau kita ada saham minoriti pun tidak ada makna juga,” katanya lagi.

UMNO dilaporkan kepentingannya dalam Media Prima sebayak 11.09 peratus atau 123.02 juta unit saham kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui Gabungan Kesturi Sdn Bhd..

Pelupusan itu membabitkan nilai yang dianggarkan sebanyak RM73.81 juta, – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast