KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap penganggur yang didapati bersalah mencuri duit tabung Masjid Jamek Chemor sebanyak RM93.

Mohd Nor Azizi Mohd Nasir, 24, yang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 8.30 malam Isnin lalu mengaku bersalah.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad dilakukan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar dengan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), E P Sittan.

Mengikut fakta kes, perbuatan tertuduh disedari dua jemaah yang kemudian membawanya kepada pengerusi masjid dan melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan ke atas tertuduh menjumpai wang kertas yang tersimpan dalam poket bajunya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast