Wakil Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) dan rakan NGO di negara jiran itu, Lumbung Informasi Rakyat (LIRA)dalam satu pertemuan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf daripada Indonesia berhubung kekecohan yang berlaku ketika aksi Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno sepatutnya diterima.

Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) dan rakan NGO di negara jiran itu, Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dalam yang sama menyeru agar mana-mana pihak tidak mengeruhkan keadaan dengan cuba memecahbelahkan hubungan baik kedua-dua negara dengan mencetuskan kebencian.

“Kami percaya dengan permohonan maaf tulus ikhlas dari pihak Indonesia kepada Malaysia baru-baru ini atas insiden di SUGBK akan menjadi titik tolak dimensi baru dalam hubungan penyokong kedua-dua negara.

“Kami percaya bangsa Nusantara itu berjiwa besar dengan pendekatan “buang yang keruh, ambil yang jernih” dan melupakan sengketa yang memecah belahkan kita seterusnya memastikan perlawanan kedua yang dilangsungkan di Melaysia kelak berjalan dengan lancar,” kata AGRA LIRA menerusi kenyataan bersama.

Kedua-dua kerajaan juga perlu duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian terhadap perkara yang dilihat sering berlaku apabila berlangsungnya pertandingan di antara kedua-dua negara itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“AGRA-LIRA mendesak pihak kerajaan kedua-dua negara untuk duduk semeja dan berbincang sebaiknya mengenai solusi terbaik agar peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi,” tambahnya.

Untuk rekod, penyokong Indonesia membuat kekecohan tidak lama selepas separuh masa kedua bermula sehingga perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Kekecohan sekali lagi tercetus di akhir pertandingan yang kemudiannya melarat di luar stadium.

Penyokong tuan rumah membaling mercun, botol, batu dan objek lain ke arah penyokong Malaysia di stadium sehingga mencederakan tiga penyokong Malaysia, menurut laporan CNN Indonesia.

Ratusan penyokong Malaysia termasuk Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terperangkap di dalam stadium selama kira-kira dua jam.

Semua 24 pemain dan pegawai pasukan negara terpaksa menaiki kira-kira lima kereta perisai barracuda ke hotel penginapan atas faktor keselamatan.

Kemudian pada Jumaat, Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi hari ini memohon maaf secara langsung kepada kepada Syed Saddiq.

Enggan kontroversi kekecohan pada Khamis yang lalu berpanjangan sehingga menjejaskan keakraban Indonesia dan Malaysia maka AGRA LIRA melancarkan #kitasaudara sebagai seruan rakyat kedua-dua negara untuk terus bersahabat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast