Tunang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Najihah Mohd Radzi hadir bagi mendengar keputusan inkues di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 SEPTEMBER 2019

SHAH ALAM – Tunang kepada Muhammad Adib Mohd. Kassim, Nurul Najihah Mohd. Radzi melahirkan rasa syukur dengan keputusan inkues oleh Mahkamah Koroner bagi menentukan kematian anggota bomba itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan ini,” katanya ringkas sambil menangis teresak-esak  di luar Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini hari ini.

Wanita yang berusia 25 tahun itu sepatutnya bernikah dengan Allahyarham Muhammad Adib akhir Disember lalu terus berlalu dengan menaiki kenderaan bersama seorang wanita tidak dikenali.

Sebelum itu, Nurul Najihah yang memakai baju kurung berwarna biru tiba di galeri awam pukul 8.45 pagi tadi.

Kemunculan Nurul Najihah itu mencuit perhatian media kerana ini pertama kali dia hadir ke prosiding kematian tunangnya selepas 41 hari berlangsungnya inkues. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast