Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendengar luahan para penghantar Foodpanda.

PETALING JAYA – Ratusan penghantar Foodpanda memenuhi perkarangan rumah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meluahkan pelbagai masalah terutamanya selepas syarikat tersebut memperkenalkan sistem bayaran gaji baharu.

Ada kalangan penghantar yang datang dari Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan – masing-masing mengadu permasalah terkini yang menjejaskan pendapatan mereka sekaligus menggangu urusan harian terutama kepada yang telah berkeluarga.

Selain sistem bayaran gaji, penghantar Foodpanda turut berkongsi tentang sikap lepas tangan syarikat terhadap kebajikan mereka, waktu kerja berlarutan hingga 14 jam dengan pendapatan yang tidak berbaloi selain isu-isu berkaitan insurans dan EPF.

Turut meluahkan perasaan seorang penghantar Grab Food yang menyifatkan syarikat tersebut tidak pernah berbincang dengan para penghantar sebelum memperkenalkan sistem baharu.

Seorang pemandu Grab juga berkongsi kerisauan ketiadaan akta melindungi pekerja seperti mereka yang dikategorikan sebagai ‘pekerja kontrak’.

Keadaan itu, katanya, umpama memberi kuasa sewenang-wenangnya kepada syarikat untuk bertindak sesuka hati tanpa ada peluang untuk pekerja membela diri.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast