Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh AirAsia Group Bhd, AirAsia Bhd (AAB) telah memindahkan dua slot laluan Kuala Lumpur-Singapura, bersamaan dengan 14 penerbangan seminggu, kepada syarikat sekutu penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X Bhd (AAX).

AAB dan AAX telah menandatangani perjanjian perkongsian keuntungan pada 10 Nov, 2019, dengan AAX akan berkongsi 50 peratus daripada keuntungan operasi bersih dari laluan dengan AAB pada asas bulanan sepanjang tempoh tersebut.

“Urus niaga (pemindahan laluan) akan memberi peluang kepada AAB untuk meningkatkan pasaran ‘Fly-Thru’ yang masih tidak berubah sejak 2017 dan ia akan mendapat manfaat daripada tambahan kapasiti,” kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu berkata perjanjian itu sah selama setahun dan boleh diperbaharu untuk tempoh setahun tahun dengan persetujuan bersama.

Pada 3.03 petang, saham kumpulan itu di Bursa Malaysia naik dua sen kepada RM1.92 dengan 3.12 juta saham diurusniagakan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast