Ustaz Abdul Somad.

PEKAN BARU – Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai UAS dilaporkan menceraikan isterinya selepas mendapat kelulusan mahkamah syariah, kelmarin.

Tribunnews melaporkan hakim mahkamah syariah di Bangkinang meluluskan permohonan cerai Ustaz Abdul Somad, 42 dengan isterinya, Mellya Juniarti, 29.

Keputusan dibuat tanpa kehadiran Ustaz Abdul Somad dan bekas isterinya dilaporkan datang lewat.

Jurucakap mahkamah, Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad sudah mendaftar untuk menceraikan isterinya sejak 12 Julai 2019.

Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012 hanya diwakili peguam masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast