Pelbagai barangan yang ditemui berserakan di premis kediaman yang dipercayai tempat tinggal warga China yang terlibat dalam aktiviti Online.

KUALA LUMPUR – Warga China yang yang melarikan diri semasa operasi penahanan 680 warga China di Cyberjaya pada 20 November lalu dipercayai telah meninggalkan premis kediaman masing-masing.

Ia susulan serbuan yang dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia di premis kediaman di Cyberjaya  yang sudah tidak berpenghuni.

Dalam operasi tersebut sebanyak 29 unit rumah telah diperiksa.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud percaya mereka telah melarikan diri kerana semua unit kediaman berkenaan ditinggalkan kosong dan dalam keadaan berselerakan.

Jabatan ini akan terus melaksanakan operasi-operasi seperti ini secara besar-besaran bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan pas oleh warga asing.

Pada 26 November lalu JIM Sabah telah berjaya menangkap seramai 104 warga China dan JIM Sarawak juga menangkap seramai 52 warga China yang disyaki terlibat dalam aktiviti online pada 29 November lalu.

Semua warga China yang ditahan ini masih lagi dalam proses siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast