Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyampaikan anugerah itu kepada Dr Mahathir pada Forum Doha 2019.

DOHA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima satu lagi penghormatan membanggakan, apabila disampaikan dengan Anugerah Forum Doha, Sabtu.

Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyampaikan anugerah itu kepada Dr Mahathir pada Forum Doha 2019 di sini.

Anugerah itu diberikan kepada Dr Mahathir sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, suara dan inisiatifnya dalam membangun dan mempromosikan Malaysia, di samping peranannya di peringkat antarabangsa.

Penganugerahan itu adalah yang pertama diberikan kepada mana-mana pemimpin atau individu sejak Forum Doha pertama kali dianjurkan 19 tahun lepas.

Forum Doha adalah sebahagian daripada program perdana menteri sempena lawatan rasmi empat hari ke Qatar, yang berakhir hari ini.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah berlepas kembali ke Malaysia, dari Terminal Amiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di sini pada kira-kira pukul 11.20 pagi (4.20 petang waktu Malaysia).

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast