Gambar hiasan

SEREMBAN – Bayi perempuan yang dianggarkan berusia sehari, ditemui di kaki lima Masjid Kariah Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata bayi itu ditemui di atas lantai dalam keadaan berbalut oleh Bilal masjid berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

“Pada 6.20 pagi tadi, anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Kuala Pilah telah terima panggilan telefon daripada Bilal Masjid Kariah Kuala Sungai Dua dan memaklumkan terjumpa seorang bayi perempuan di kaki lima masjid tersebut.

“Pihak polis bersama pembantu kesihatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah telah hadir ke tempat kejadian dan dapati bayi dalam keadaan baik… anggaran usia bayi ini sekitar 30 jam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya bayi ini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah.

“Pihak polis akan jalankan siasatan bagi mengesan ibu bapa bayi tersebut di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast