LANGKAWI – Isu pemasangan tanglung di sebuah sekolah sempena perhiasan Tahun Baru Cina tidak ada kena mengena dengan perkauman.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak faham dengan larangan segelintir pihak untuk menggantung peralatan itu.
Sedangkan jelas beliau, budaya menggantung tanglung itu telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.
“Saya tidak faham kenapa tidak boleh gantung tanglung yang dibuat sejak merdeka,” katanya.
Baca: Tanglung bawa perpaduan, Jawi bawa Islamisasi takutkan kaum lain?
Beliau diminta mengulas tindakan tujuh menteri Kabinet turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen.
Ini kerana netizen mempersoalkan mengapa isu tulisan jawi tidak mendapat perhatian yang sama dalam kalangan menteri Pakatan Harapan itu. – MalaysiaGazette
















