BEIJING – China merekodkan 16 kes jangkitan koronavirus baru semalam, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.
Angka itu lebih rendah berbanding 20 kes pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes yang disahkan di China setakat ini sebanyak 80,860.
Jumlah kematian akibat wabak di China telah mencecah 3,213 menjelang hari Ahad, naik sebanyak 14 hari berbanding sehari sebelumnya.
Di wilayah Hubei, yang menjadi punca wabak itu di China, melaporkan 14 kematian baru, dengan ibu kota Wuhan menyumbang 13 kematian.- MalaysiaGazette
















