Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) , Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) , Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Jemilah bertanggungjawab menasihati perdana menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.

“Jemilah Mahmood merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Beliau berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Jemilah yang juga setiausaha bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dipilih sebagai pemenang Asean Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau Asean bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti Asean menjelang 2025.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast