Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjalan keluar dari Flat Selangor Mansion selepas mengeluarkan penghuni yang disyaki postifi Covid-19 pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masuk hari ke-25 bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 APRIL 2020.

PUTRAJAYA- Terdapat pertambahan sebanyak 32 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan berlaku di Selangor Mansion di Kuala Lumpur menjadikan jumlah 75 kes keseluruhannya di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pertambahan kes positif berlaku di Malayan Mansion dan kekal dengan empat kes sebelum ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah.

“Malayan Mansion (pula) jumlah positif empat kes iaitu tiada pertambahan,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Selangor Mansion dan Malayan Mansion sebelum itu dilaksanakan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh pihak berkuasa.

Langkah itu dilakukan pada 7 April lalu dan kawasan berkenaan telah diisytiharkan sebagai Zon Merah selepas 15 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan 365 orang penghuni yang menduduki bangunan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast