TOKYO (Reuters) – Kementerian Kesihatan Jepun dijangka meluluskan kit ujian antigen koronavirus esok.
Menurut pegawai kanan kementerian hari ini, ia adalah langkah untuk meningkatkan jumlah ujian diagnostik bagi melawan pandemik itu.
Fujirebio yang merupakan anak syarikat penyedia perkhidmatan diagnostik dan ujian makmal Miraca Holdings, pada bulan lepas telah memohon kelulusan kerajaan bagi kit ujian antigen koronavirus pertama Jepun.- MalaysiaGazette
















