Indonesia tidak menghantar jemaah haji pada tahun ini.

JAKARTA – Indonesia telah membatalkan penghantaran jemaah haji untuk tahun ini kerana bimbang terhadap pandemik koronavirus, kata Menteri Agama.

Keputusan itu dibuat meskipun Arab Saudi telah mengatakan bahawa haji dan umrah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Setiap tahun ratusan ribu orang Indonesia pergi menunaikan haji ke Arab Saudi.

Bagi kebanyakan umat Islam Indonesia, ibadat haji adalah peluang sekali seumur hidup kerana tempoh menunggu adalah selama 20 tahun.

Fachrul Razi berkata, keputusan untuk membatalkan haji tahun ini dibuat kerana kebimbangan terhadap koronavirus dan sekatan perjalanan yang sedang dilaksanakan.

Kuota untuk jemaah haji Indonesia tahun ini adalah 221,000 orang dengan lebih dari 90% sudah mendaftar, menurut laman web Kementerian Agama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast