TERKINI : Sewa Gerai Naik 300 Peratus Mana Boleh Tahan! – Peniaga Pasar Besar Jalan Othman

PETALING JAYA – Kira-kira 500 peniaga di Pasar Besar Jalan Othman di sini ‘buntu’ selepas dimaklumkan kadar sewa tapak berniaga di pasar itu akan dinaikkan sehingga 300 peratus.

Para peniaga dipasar itu mendakwa mendapat makluman berkenan perkara tersebut menerusi notis yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Rata-rata mereka yang ditemui tidak bersetuju dengan perkara itu kerana merasa ia sesuatu yang sangat membebankan lebih-lebih lagi apabila berdepan ketidaktentuan pendapatan akibat kemerosotan jualan ekoran pandemik Covid-19 ketika ini.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar berkenaan, Anuar Abdullah berkata, berdasarkan notis pemberitahuan mengenai perkara itu kenaikan bayaran tersebut akan bermula hujung bulan ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. MBPJ kerajaan mana kalau bukan PH lahanat punya kerja.

    Hapuskan PH sekarang.
    PN must take over Selangor.

Comments are closed.