Mary Josephine Prittam Singh

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh mengumumkan keluar DAP hari ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan hasrat untuk terus kekal sebagai wakil rakyat yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Mary yang merupakan ADUN Rahang selama dua penggal itu membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah sidang media hari ini.

“Sangat menyakitkan, saya telah bersama DAP selama 46 tahun. Saya masih menyokong kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya meletakkan jawatan sebagai setiausaha organisasi Wanita DAP, naib ketua wanita PH nasional, ketua wanita DAP negeri dan timbalan ketua wanita PH negeri.

“Keputusan saya adalah muktamad,” katanya.

Mary juga menegaskan kepada pengundi-pengundi di Rahang bahawa beliau masih bersama mereka dan tetap bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat. Pusat perkhidmatan saya yang beroperasi dua kali sebulan akan berterusan.

“Saya tidak berubah, saya masih YB, saya masih orang yang sama. Datanglah kepada saya jika anda mempunyai apa-apa masalah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Rahang kat Negeri kan? Kenapa tulis Kuala Lumpur? Ke format berita Malaysia Gazette macam tu?

Comments are closed.