Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kemampuan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk bertahan kini menjadi persoalan.

Persoalan itu ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Ia susulan usul tukar Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Dewan Rakyat yang diputuskan pada hari ini hanya mendapat majoriti tipis.

Penyingkiran Speaker disokong oleh 111 undi berbanding 109 menolak.

Manakala masing-masing 1 berkecuali, seorang tidak hadir.

Asyraf berkata, Datuk Seri Maximus Ongkili, Ahli Parlimen Kota Marudu tidak hadir kerana sakit dan Datuk Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Batu Pahat dan juga Timbalan Speaker tidak mengundi.

Berdasarkan keputusan tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hanya mempunyai 113 sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen daripada 222 jumlah keseluruhannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.