pengajar yang diibaratkan sebagai
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang penolong pengurus editorial akhbar bahasa Inggeris direman enam hari bagi membantu siasatan bagi dakwaan meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM70,000.

Reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman sehingga 5 Jun ini bagi siasatan mengikut Sekyesn 16(a) (B) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah.

Suspek berusia 54 tahun itu ditahan SPRM selepas didakwa meminta dan menerima suapan daripada seorang kenamaan kononya untuk menutup kes yang disiasat oleh agensi iti.

Suspek telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai kira-kira RM20,000 lebih kurang jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah agensi media akan memberitahu pengadu bahawa dia mempunyai kenalan di SPRM dan mampu menyelesaikan kes melibatkannya yang disiasat oleh SPRM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast