Bekas Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew (kiri) hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Butterworth, Pulang Pinang. foto HAZROL ZAINAL, 11 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Sejurus selepas pertuduhan salah guna kuasa terhadap Lim Guan Eng selesai dibacakan, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah.

Guan Eng berkata demikian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Azhari Abdul Hamid serta mahu dibicarakan.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa melakukan kesalahan di pejabat Ketua Menteri di Komtar Tingkat 28 antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016.

Prosiding masih lagi berjalan pertuduhan terhadap isteri Guan Eng, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon pula sedang di bacakan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.