Ahmad Zahid Hamidi

SLIM RIVER – UMNO tidak pernah sama sekali mencampuri hal ehwal parti lain walaupun berada bersama Pas di dalam Muafakat Nasional (MN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti jelas kerana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menyokong Perikatan Nasional (PN).

“UMNO tidak campuri hal ehwal parti lain biarpun mereka dalam MN tetapi pendirian UMNO dan BN di mana Ahli Parlimen dan ADUN kita sokong PN.

“Namun kita ambil keputusan muktamad parti kita tidak akan sertai PN sebagai komponen kepada BN.

“Namun kami akan terus mendokong kerajaan yang ada di peringkat pusat dan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan di Besout 3, Slim di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini yang tampil menjelaskan pendirian parti itu terhadap PN apabila berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai perikatan tersebut bersama Bersatu.

Jelas beliau, Pas merupakan antara parti penaja gabungan politik baharu, yang muncul selepas perubahan politik pada hujung Februari lalu.

“Pas ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada media selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di Putrajaya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.