Brazil pada Khamis mencatatkan 45,323 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 3,501,975.- Gambar hiasan.

SAO PAULO – Brazil pada Khamis mencatatkan 45,323 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 3,501,975, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Manakala 1,204 lagi dilaporkan maut akibat penyakit ini dan ia melonjakkan angka kematian kepada 112,304.

Brazil menjadi negara kedua terburuk dari segi kes dan kematian di dunia selepas Amerika Syarikat yang dilanda virus itu.

Di bahagian tenggara Sao Paulo, negeri yang paling ramai penduduknya, menjadi pusat penularan virus COVID-19 dengan 27,905 kematian diikuti Rio de Janeiro dengan 15,074 kematian.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast