Gambar hiasan

SLIM RIVER – Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang menerima kad pengundi atau sudah mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi masing-masing pada 29 Ogos ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, mereka tidak lagi perlu membuat semakan di barung semakan SPR.

Menurutnya, SPR juga meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan pada kad pengundi bagi setiap pengundi.

“SPR berharap pengundi keluar mengundi mengikut masa yang disarankan bagi mengelakkan mereka berkumpul dalam jumlah yang ramai selain memastikan patuh penjarakan sosial.

“Pengundi yang tidak menerima kad pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian lebih awal sebelum hari pengundian,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Ikmalrudin berkata, semakan boleh dibuat melalui saluran portal semakan pemilih, https://pengundi.spr.gov.my; atau hotline SPR di talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“Semakan juga boleh dibuat melalui SMS ke 15888 dengan menaip SPRSEMAKNo Mykad.

“Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan, kad pengundi atau catatan maklumat pengundian dan menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran,” katanya.

Beliau berkata, bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disarankan mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi, nombor bilangan pemilih dan kad pengundi bagi memudahkan KP1 membuat semakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast