Amiruddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG yakin parti itu akan diluluskan segera oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (RoS).

Datuk Amiruddin Hamzah berkata, ini kerana segala pandangan dan pertimbangan dari RoS sudah dikemukakan oleh pihaknya.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada perbincangan bersama Ketua Pengarah RoS pada 28 September lalu.

“Saya ingin memaklumkan satu lampiran Perlembagaan yang telah dikemaskini telah dihantar ke ibu pejabat RoS pagi tadi.

“Perlembagaan yang dikemaskini itu mengandungi beberapa pindaan kecil berdasarkan pandangan Ketua Pengarah RoS dalam satu perbincangan dengan saya pada hari Isnin lalu,” katanya lagi.

Ahli parti itu merupakan sebahagian daripada bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan presidennya ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast