KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa syarat pelaksanaan akad nikah di daerah Klang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi hantaran di Facebook, pihak berkuasa agama itu memaklumkan, syarat berkenaan antaranya mewajibkan pasangan yang mendapat kebenaran nikah untuk melaksanakan upacara tersebut di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

“Individu yang dibenarkan hadir ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali sahaja. Jurugambar tidak dibenarkan,” demikian menurut Jais di laman sosial berkenaan.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis perkahwinan di kawasan PKPB masih dibenarkan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) tertentu.

Bagaimanapun katanya, tetamu yang datang dari luar kawasan wajib mengemukakan kad jemputan sebagai bukti ketika melalui sekatan jalan raya.

Sebanyak 36 kawasan perumahan di mukim Klang dikenakan PKPB bermula semalam hingga 23 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast