Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 26 pelanggan di sebuah pusat hiburan di USJ 19, Subang Jaya, dikompaun awal pagi tadi kerana ingkar arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superitendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, dalam serbuan pukul 2.30 pagi itu, tiga penjaga premis dan 10 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia antara 20 hingga 43 tahun turut ditahan.

Katanya, semasa serbuan dilakukan kesemua pelanggan di situ didapati berhibur tanpa penjarakan fizikal dan melanggar SOP ditetapkan.

“Susulan itu, polis mengambil tindakan kompaun mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Zuhairee lagi, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH) 1998, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast