Orang ramai yang membeli barang perhiasan rumah sempena persiapan perayaan Deepavali semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini di seluruh begeri di semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Walaupun perayaan Deepavali tahun ini tidak dapat disambut bersama-sama, tanpa saling berkunjung dan berkongsi makanan, seluruh rakyat Malaysia masih boleh saling mendoakan kesejahteraan semua.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru setiap rakyat Malaysia untuk menyampaikan ucapan tulus ikhlas Deepavali kepada rakan-rakan dan ahli keluarga melalui teknologi yang hanya berada di hujung jari.

 

Halimah Sadique

Menurutnya, semoga sambutan Deepavali ini akan terus memperkukuhkan ikatan perpaduan rakyat Malaysia.

Deepavali akan disambut esok.

Bagi penganut Hindu, Deepavali melambangkan kemenangan cahaya menumpas kegelapan dan kebenaran mengatasi kejahilan.

Ia merupakan hari yang disambut oleh penganut Hindu dan kini menjadi sebuah sambutan yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sekaligus mencerminkan semangat
perpaduan yang sudah lama terpateri dalam jiwa kita.

Katanya, keupayaan rakyat negara ini menghayati dan menghargai kepelbagaian budaya adalah teras yang menjadikan tanah air tercinta ini benar-benar unik.

”Keharmonian yang kini kita nikmati sememangnya berlandaskan teras ini.

”Dalam kita menghadapi pandemik Covid-19, marilah kita berganding bahu untuk menempuh masa-masa sukar ini bersama,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast