Penduduk sedang menimba air selepas banjir kilat melanda ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kampung Periuk, Kampung Baru. foto AFIQ HAMBALI, 17 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih tiga jam petang tadi menyebabkan banjir kilat di ibu kota.

Akibatnya berlaku kesesakan jalan raya dan kejadian kenderaan rosak akibat dimasuki air.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Maharajalela.

Jalan Parlimen dan kawasan berhampiran Bank Negara Malaysia juga dinaiki air.

Penduduk sedang membersihkan rumah selepas rumah dinaiki air akibat hujan lebat ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kampung Periuk, Kampung Baru. foto AFIQ HAMBALI, 17 NOVEMBER 2020.

Ada juga beberapa premis dan kawasan perumahan termasuk di kawasan Keramat dan Kampung Baru dinaiki air dan bertakung dan dikongsi netizen di media sosial.

Tinajuan juga mendapati para penduduk di kawasan terjejas bertungkus-lumus membersihkan kediaman masing-masing malam ini selepas air mulai surut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast