Foto Instagram Sheikh Muszaphar.

KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan wajah serta nama bayi kembarnya itu selepas seminggu dilahirkan isterinya, Datin Dr Halina Yunos.

Memilih nama pangkal yang sama bermula dengan huruf E, Dr Sheikh Muszaphar mengumumkan bayi lelakinya diberi nama Sheikh Eusoff dan bayi perempuan pula adalah Sophea Emelia.

Sementara itu, Dr Muszaphar turut mendoakan agar kesemuanya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada Ummah dan berjaya di dunia serta akhirat.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun.

Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast