Pekerja asing beratur panjang bagi melakukan ujian saringan berikutan peningkatan kes penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Central Spectrum Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 10 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,451 kes positif Covid-19 baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 133,559 kes.

Berdasarkan jumlah harian terbaharu ini, Selangor masih lagi menjadi peneraju kes tertinggi berbanding negeri lain dengan  564 kes diikuti Sabah dengan 409 kes.

“Sebanyak 342 kes (60.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Negeri Sembilan sebanyak 351 kes (14.3 peratus),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di sini.

Katanya, sebanyak 327 kes daripada jumlah kes baharu iaitu bersamaan 13.3 peratus berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.

Dalam pada itu, Hisham memaklumkan bilangan kes sembuh sebanyak 1,401, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 106,832 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan lima kematian hari ini, selain 177 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat Malaysia sahaja hari-hari ada kes 1000 lebih, kalau cukup 30 hari ada 30ribu, maknanya tunggu masa sahaja semua rakyat nak kena kalau lalai dalam pematuhuan SOP. Sendiri jaga sendiri. Orang Asli juga yang bijak lari masuk hutan tak nak jumpa orang luar.

Comments are closed.