Donald Trump.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat di seluruh Washington DC (District of Columbia) bermula hari ini sehingga pelantikan Presiden baharu, Joe Biden pada 20 Januari.

“Trump mengisytiharkan darurat di Washington DC dan memerintahkan (kerajaan) Persekutuan membantu gerak kerja susulan pelantikan Presiden ke-59 bermula semalam hingga 24 Januari ini,” menurut kenyataan Rumah Putih semalam.

Media melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran terhadap protes bersenjata yang sedang dirancang di semua 50 ibu negeri, termasuk bangunan Capitol, menjelang pelantikan rasmi presiden.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) diberi kuasa untuk membantu memastikan keselamatan awam dan melindungi harta benda sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan ancaman, menurut kenyataan itu.

Pada 6 Januari lalu, sekumpulan penyokong setia Trump menyerbu bangunan Capitol.

Rusuhan itu tercetus selepas Trump mendesak penyokongnya untuk membantah apa yang didakwanya berlaku penipuan dalam pilihan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast