logo FELDA

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka semalam dalam usaha untuk mengambil alih syarikat perladangan itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Pada 12 Jan, Felda mengeluarkan dokumen tawaran berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawarannya sebanyak RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada 2 Feb, kecuali dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman yang akan dibuat oleh Maybank IB, dua hari sebelum tarikh tutup. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast