Beberapa siri tangkapan dilaksanakan oleh polis Catalan di kelab Barcelona selepas pengeledahan di pejabat kelab itu pada Isnin.

MADRID – Polis melakukan beberapa siri tangkapan di FC Barcelona .

BBC melaporkan tangkapan itu telah dilakukan selepas polis menggeledah pejabat kelab bola sepak itu.

Bagaimanapun identiti individu yang ditahan polis tidak dapat dipasti dan disahkan media Sepanyol.

Operasi polis dilakukan hari ini selepas siasatan berkaitan soal kewangan Barcelona dilakukan.

Pemilihan Presiden kelab akan dilakukan Ahad ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Josep Maria Bartomeu pada Oktober lalu.

Pada 20 April lalu, enam ahli lembaga pengarah kelab itu meletakkan jawatan dan mengkritik Josep Maria tentang kaedah pengurusan yang tidak betulnya dalam kelab tersebut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast